Guided DIY UmrahPlus
Explore flexible Umrah routes with optional stopovers in Doha, Cairo & Istanbul.

Allah Jemput ke Rumah-Nya, Tetapi Hati Kita Sibuk Dengan Dunia

Allah Jemput ke Rumah-Nya, Tetapi Hati Kita Sibuk Dengan Dunia

Allah Jemput ke Rumah-Nya, Tetapi Hati Kita Sibuk Dengan Dunia

Tidak semua orang yang sampai ke Tanah Suci datang dengan hati yang sama.

Ada yang datang membawa air mata.

Ada yang datang membawa doa yang terlalu lama disimpan.

Ada yang datang selepas bertahun-tahun menyimpan wang sedikit demi sedikit.

Dan ada juga yang datang dengan harapan untuk berubah menjadi lebih baik.


Namun dalam dunia hari ini, tanpa sedar, Umrah juga semakin dipenuhi dengan expectations dunia.

Sebelum berangkat lagi, ramai sudah melihat TikTok dan Instagram:

✅ cafe viral di Madinah,

tempat shopping murah,

buffet hotel terbaik,

lokasi bergambar,

"hidden gems” di Makkah,

review hotel dan makanan.


Sedikit demi sedikit, hati mula membina gambaran bahawa perjalanan Umrah mesti sempurna.

Hotel mesti selesa.

Makanan mesti sedap.

Shopping mesti puas.

Semua tempat viral mesti sempat pergi.


Dan apabila ada perkara yang tidak menjadi seperti diharapkan, ada yang mula kecewa.

Kadang-kadang bukan kecewa kerana ibadah tidak sempurna

👉 tetapi kecewa kerana tidak sempat pergi tempat shopping tertentu.

👉 Tidak dapat makan di cafe yang viral.

👉Tidak sempat membeli barang yang diidamkan.


Sedih apabila difikirkan.


Kerana pada masa yang sama, ada jutaan manusia lain di dunia yang hanya berdoa untuk melihat Kaabah sekali seumur hidup.


Ada yang menangis ketika pertama kali melihat Kaabah.

Ada yang duduk lama selepas Subuh di Masjid Nabawi hanya kerana hati mereka terlalu tenang di sana.

Ada warga emas yang berjalan perlahan-lahan dalam tawaf dengan linangan air mata.

Ada yang datang bukan mencari keselesaan… tetapi mencari ketenangan jiwa.


Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari apa yang viral di Madinah, sampai terlupa bahawa ribuan orang lain datang semata-mata mahu satu sujud yang lebih tenang.


Tidak salah membeli buah tangan.

Tidak salah mencari makanan sedap.

Tidak salah menikmati perjalanan bersama keluarga dan sahabat.


Tetapi mungkin Tanah Suci sedang mengajar kita sesuatu.


Bahawa tidak semua kekosongan hati boleh dipenuhi dengan dunia.


Makkah tidak pernah menjanjikan keselesaan.

Kadang-kadang panas.

Kadang-kadang sesak.

Kadang-kadang memenatkan.


Namun anehnya, ramai yang pulang dengan hati yang lebih tenang daripada sebelumnya.


Kerana akhirnya, yang menyentuh hati bukan hotel atau shopping mall.


Tetapi saat berdiri memandang Kaabah.

Saat memberi salam kepada Rasulullah SAW.

Saat berdoa sendirian selepas solat.

Saat hati terasa kecil di hadapan Allah.


Kadang-kadang Allah sudah jemput kita ke Rumah-Nya…

cuma hati kita yang belum benar-benar sampai.


Comment (0)

Leave A Comment:

Umrah & UmrahPlus Insider

Smart routes, best transit options & limited offers — delivered straight to your inbox.